Thursday, 5 March 2015

Mai Singgah


 
Satay House Damansara menyajikan hidangan yang istimewa kepada anda semua. Satay nya yang sedap dan besar serta ruang yang selesa pasti menambat selera anda dan keluarga. Selain satay, Satay House Damansara juga menyediakan beberapa menu sampingan seperti Nasi Goreng Biasa, Nasi Goreng Pattaya, dan menu baru adalah Sup Tulang Meletup yang pasti meletup apabila anda menikmatinya. Sila datang ke Satay House Damansara di lokasi berikut:
No. 7, Jalan Teknologi 2/1C
Kota Damansara, Signature Park
47810 Petaling Jaya
Selangor.
Tempahan satay mentah atau perkhidmatan membakar satay di tempat anda juga disediakan. Sila Hubungi Puan Suraya Sapinyi di talian 019-2082188 untuk maklumat lanjut.
HIDANGAN ISTIMEWA MEMIKAT SELERA PASTINYA DI
SATAY HOUSE DAMANSARA.
 
 

Wednesday, 4 March 2015

Candid Video


Ni saper punya kerja ni? Dah agak dah, Ekin yang rakam bende ni. Malu I.

Ingat lagi masa ni. Kelas Puan Fauziah. Presentation tentang syarikat tempat bekerja. Sempat lagi si Ekin rakam presentation aku yang tak seberapa ni. Anyway, thank you Ekin. Ade gak kenangan presentation. Lepas ni sure rindu punya lah..

Adik Beradik

 
 
Ni lah adik beradik ku. Aku anak ke 6 dari 8 orang adik beradik. Masih teringat mak dengan abah membesarkan kami dengan susah payah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Abah pernah bawa teksi pada waktu malam dan siang pula buat kerja hakiki. Kesian abah masa tu, penat sangat. Balik rumah pun dalam pukul 1 pagi. Aku selalu ikut abah pergi cuci teksi. Best sangat sebab dapat jalan-jalan pada waktu malam.

Anugerah Terindah

 
 
Anak-anakku yang lincah. Pantang Nampak kamera mesti nak buat peace. Teringat lagi, masa ni kt UTC Sentul. Kami tengah buat rakaman video mandarin. Tengah rest ni. Papa selaku jurukamera sempat rakam telatah anak-anak. Tengoklah betapa aktifnya diorang. Mana tak penat mamanya. Kejar sana kejar sini. Tapi tak kurus jugak.. hehehehe

Kisah Cinta Agong


Saat Aku Berjalan Dengan Tanya
Aku Menemui Seorang Ibu Dengan Anaknya
Bu Apakah Arti Cinta Itu…
Sang Ibu Lalu Menjawab
Cinta Adalah
Cara Terbaik Untuk Mendidik Anak
Aku Melanjutkan Perjalananku
Aku Bertanya Pada Mereka
Apakah Arti Cinta Itu
Mereka Pun Menjawab
Cinta Adalah
Kekuatan Yang Menyatukan Kita
Aku Lanjutkan Perjalananku
Aku Bertemu Dengan Wanita
Aku Pun Bertanya Padanya
Adakah Arti Cinta Itu
Wanita Itu Menjawab
Cinta Itu Cukup Lima Puluh Ribu